Kembali bernafas…

Posted in Life on AM+14:00Tue, 01 Mar 2011 07:53:53 +140053Tuesday 17.2008 by kekunci

SELASA – Tetiba jari jemariku ingin mengetuk kembali mesin kekunci yang sudah lama bersawang dan keras.

Justeru ku kuatkan semangat mewarnai kembali skrin hitamku dengan pelbagai coretan penuh rona-rona kehidupan yang ku harungi setiap hari untuk manfaat 1.3 juta umat manusia di negeri tanah tumpah darahku.

2.08 pagi

BN kecundang lagi…

Posted in Uncategorized on AM+14:00Wed, 21 Jan 2009 03:28:44 +140028Wednesday 17.2008 by kekunci

 

PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU

 

Bahang pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu amat terasa setibnya di daerah Kemamam dengan disambut ‘Road block’ pihak polis yang dikatakan menjaga keamanan menjelangnya hari mengundi.

Seramai 6,000 anggota polis dari seluruh negara dikerahkan ke Kuala Terengganu untuk menjaga kententeraman awam. Patutlah balai-balai polis nampak lenggan tanpa anggota.

Sepanjang perjalanan dari daerah Kemamam ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor sebanyak 4 sekatan jalan raya terpaksa dilalui. Bagimanapun tidak kelihatan kenderaan yang ditahan mahupun disaman pihak polis. Mungkin pengguna jalan raya sudah arif dengan perkara ini ataupun mereka telah sedar akan undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi.

Malam menjelang pilihanraya, rata-rata pekerja di kedua-dua markas bertungkus lumus melakukan persiapan akhir hari membuang undi. Kedua-dua parti Pas dan BN sibuk melancarkan perang saraf disaat-saat akhir bagi meraih undi sebelum kempen ditamatkan pada jam 12 malam.

Dilihat markas Pas sudah siap sedia dengan komputer, komputer riba dan mesin pencetak untuk kemudahan pengundi menyemak senarai dan saluran mengundi.

Namun markas BN masih kelihatan seperti berpesta dengan pelbagai juadah seolah-seolah menyambut Hari Raya, tidak ada satu pun komputer di markah mereka.

Sinario ini jelas membuktikan BN tidak bersungguh-sungguh untuk menang di Parlimen Kuala Terengganu sebaliknya bersungguh-sungguh memerah wang parti.

Pas sekarang tidak sama seperti Pas 10 tahun lalu, mereka lebih komited dan kelihatan ‘educated’ untuk melancarkan perang saraf bagi meraih undian golongan muda. Mereka tidak menaburkan wang ringgit sebaliknya keikhlasan dalam memperjuangkan parti.

Sementara itu petugas BN masih berkerja dalam keadaan tidak bersistematik, perjalanan sesuatu perkara amatlah kelam kelibut. Tidak ada prosedure yang tetap diguna pakai dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara.

Berkemungkinan ini merupakan salah satu faktor mengapa BN tewas di Parlimen Kuala Terengganu selain faktor calon yang bukan menjadi ‘favourite’ kepada rakyat Kuala Terengganu.

Kemenangan Pas di Parlimen Kuala Terengganu mengiyakan segala ramalan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat tempatan terhadap calon dan parti itu sendiri, malah kemenangan ini juga membuktikan golongan muda bukannya memilih parti sebaliknya kredibiliti calon yang diutamakan. Masyarakat sekarang sudah jelik dengan sentimen-sentimen hangat-hangat tahi ayam pemimpin bertemu rakyat. Walhal pada dasarnya cuma itu adalah kali pertama calon mengharungi banjir mahu bertimpuh dengan dengan golongan miskin.

Ucapan Selamat Hari Raya

Posted in Uncategorized on AM+14:00Thu, 25 Sep 2008 03:55:48 +140055Thursday 17.2008 by kekunci

Kerajaan Pusat selepas 19 September…

Posted in news on AM+14:00Fri, 22 Aug 2008 04:23:49 +140023Friday 17.2008 by kekunci

Ogos, 21

 

Renung-renungkan lah kerajaan pusat yang baru selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh…

 

10 ribu pelajar UiTM banjiri SUK

Posted in news on AM+14:00Wed, 13 Aug 2008 05:28:16 +140028Wednesday 17.2008 by kekunci

Ogos, 12

Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemberian 10 peratus kuota kemasukan ke UiTM  kepada bukan BUMIPUTERA mencetuskan kemarahan pelbagai pihak terutamanya orang Melayu.

Sebelum ini isu kuota kemasukan pelajar bukan BUMIPUTERA telah dikeluarkan oleh  Pengerusi Jawantankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali yang mengatakan tidak salah jika UiTM dibuka kepada kaum lain jika ingin mewujudkan persaingan yang sihat dalam satu majlis yang berlansung di Klang pada 9 Ogos lalu.

Namun cadangan  Menteri Besar Selangor untuk memberikan 10 peratus kouta kemasukan pelajar bukan Melayu ke UiTM ditentang pihak pengurusan, pelajar dan warga UiTM.

“Jangan cuba kacau UiTM, jangan cabar kita. Jangan sesekali cabar benda ini, terutamanya pemimpin Melayu yang mengkhianati bangsa,” tegas Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah kepada Menteri Besar Selangor.

Seramai 10 ribu pelajar dan warga kerja UiTM mengadakan demontrasi secara aman ke perkarangan SUK Selangor bagi membantah pemberian 10 perastus kuota kepada bukan Bumiputera. Demontrasi secara aman itu bermula seawal jam 7.30 pagi di mana pelajar dan juga warga kerja UiTM berkumpul di Dataran Shah Alam kemudiannya berarak ke perkarang SUK Selangor untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar.

Senario ini jika dilihat seperti ‘Bapak borek, anak rintik’ sebelum ini Kerajaan Pakatan Rakyat sering menganjurkan demontrasi sekiranya berlakunya perkara-perkara yang tidak memberi kepuasan hati rakyatnya terhadap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan pusat termasuklah isu kenaikan harga minyak, isu kedatangan pasukan Chelsea dan isu pesembahan artis Mas Idayu dan Ella.

Kini Kerajaan Pakatan Rakyat merasainya apabila kenyataan yang dibuat Menteri Besar mendapat bantahan daripada golongan terpelajar dan lapisan masyarakat khususnya orang Melayu.

Menteri Besar Selangor tidak seharusnya mempolitikkan UiTM untuk meraih undi masyarakat bukan Melayu bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Namun usaha mewujudkan sikap terbukaan Pakatan Rakyat terhadap semua kaum seharusnya tidak menyentuh isu yang membabitkan UiTM.

Penubuhan UiTM adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia di bawah artikel 153, yang memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel 153 ini mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu – kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Secara dasarnya UitM sememangnya telah dipertahankan melalui artikel 153 dimana ianya tidak boleh sama sekali diganggu gugat. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor seharusnya mengkaji terlebih dahulu sejarah penubuhan UiTM sebelum beliau bertindak untuklk membuka kuota 10 peratus berkenaan.

Walau bagaimanapun menurut Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, jika benar Menteri Besar Selangor itu ingin membantu kaum lain, beliau tidak perlu menggunakan UiTM kerana katanya, masih banyak lagi institusi yang terbuka untuk semua kaum termasuk Universiti Industri Selangor, UNISEL yang mana satu-satunya universiti yang diterajui oleh kerjaaan negeri.

Menurut Ibrahim, pihaknya akan memaklumkan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM dan pihaknya tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan Kerjaaan Selangor berhubung dengan isu ini.

 

 

 

 

Bersawang…

Posted in Life on AM+14:00Mon, 11 Aug 2008 02:26:26 +140026Monday 17.2008 by kekunci

Ogos, 10

 

Bersawang??? … Sememangnya dah lama tak update blog ni, buka apa seba muak asyik disuap dengan berita politik yang amat meloyakan.

Hari-hari ada saja berita pasal Anwar Ibrahim, Dewan Pemuda Pas dan macam-macam lagi berita yang hanya berbentuk retorik untuk meraiah kepercayaan rakyat.

Masyarakat Malaysia sekarang sudah dilabelkan sebagai masyarakat yang sudah pandai menilai…kiranya dulu rakyat Malaysia adalah bodoh-bodoh belaka dan mengikut telunjuk.

Walhal sekarang nie ada segelintir masyarkat begitu taksub dalam memperjuangkan rakyat katanya. Hinggakan demonstari jalanan sudah menjadi rutin rakyat untuk meluaskan rasa tidak puas hati mereka kepada sesetangah pihak.

Tidak tahukah mereka, perbuatan ini sedikit sebanyak menganggu gugat ketenteraman awam. Tak apa rakyat Malaysia semakin cerdik. Teruskan usaha murni anda dalam memperjuangkan hak anda.

Pen@t

Posted in Life on AM+14:00Mon, 14 Jul 2008 03:13:11 +140013Monday 17.2008 by kekunci

 

July, 13

 

Malamku penat…

Tidur ku makin penat…

Hadirmu memenatkan ku…

Pagiku bertambah penat…

Jari jemari ku penat mengetuk kekunci…

Malas ku semakin penat…

Otak ku berlegar-legar kepenatan…

Aku penat.

 

 

Pejabat Pos di Serbu…

Posted in news on AM+14:00Sun, 15 Jun 2008 04:28:06 +140028Sunday 17.2008 by kekunci

Jun,14

SHAH ALAM – Pengumuman kenaikan harga minyak oleh Perdana Menteri baru-baru ini telah menimbulkan  pelbagai kencaman daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan kenaikan yang dianggap drastik.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri turut mengumukan pemberian subsidi kepada pemilik kenderaan bermotor yang memilik enjin 2000cc kebawah dengan rebet tunai bernilai RM 625 selepas mereka memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Pembayaran rebat tunai  tersebut  bermula pagi ini di semua pejabat pos di seluruh negara. Orang ramai mula berbaris sehingga ke luar pintu masuk utama pejabat pos Shah Alam seawal 7 pagi namun keadaan kembali reda menjelang jam 10.30 pagi apabila ke semua 12 kaunter dibuka.

Sehingga jam 10.30 pagi, kira-kira 1,000 orang telah menuntut rebat tunai mereka di Pejabat Pos Besar Shah Alam  bagi mereka yang memperbaharui cukai jalan bagi tempoh 1 April sehingga 31 Mei dan dianggarkan berjumlah RM24.12 juta yang membabitkan 47,774 kenderaan.

Jurucakap pejabat pos berkenaan berkata, walaupun berlaku gangguan talian (off line) selama 10 minit, namun keadaan dapat kawal apabila orang ramai mematuhi prosedur dan memberikan kerjasama yang baik.

Malah katanya, satu kaunter khas untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung turut disediakan untuk menggelakkan mereka menunggu terlalu lama.

Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan.

Manakala Fasa kedua akan di mulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan.

Minyak naik, rakyat naik angin…

Posted in news on AM+14:00Sat, 07 Jun 2008 06:08:16 +140008Saturday 17.2008 by kekunci

 

Jun, 6

TAMAN DATO HARUN – Baru sehari harga minyak diumumkan, rakyat sudah mengadakan demontrasi bagi membantah kenaikan harga minyak.

Tambah parah apabila ianya dianjurkan oleh pihak kerajaan sendiri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Walaupun setahun jagung memegang tampuk pucuk pimpinan, ia sudah menzahirkan belang-belang yang sedia ada. Kalau zaman pemerintahan Tun dulu, jarang kita dengar isu-isu demontrasi sebegini, adakah zaman pemerintahan Tun dahulu begitu menjaga kemahuan rakyat hingga Pak Lah sangggup mengumumkan kenaikan harga minyak mendadak sehingga rakyat tercungap-cungap beratur di setiap stesen-stesen minyak.

Demonstrasi minyak ini telah diadakan di hadapan Masjid Jumhuriyyah, selepas solat Jumaat di sini, di mana mereka berjalan secara aman. Demonstrasi tersebut turut disertai ADUN Taman Medan, Haniza Mohd Talha dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan berakhir  setengah jam kemudian.

Seramai 50 orang terlibat dalam demonstrasi tersebuut sementara selebihnya hanya menyaksikan bantahan tersebut. Demonstrasi itu merupakan yang keempat diadakan di seluruh negara sejak kelmarin.

Tujuan demonstrasi aman tersebut diadakan adalah untuk menunjukkan dan memberitahu kerajaan pusat bahawa kenaikan harga minyak bukan sahaja dibantah keras pihak pembangkang, tetapi rakyat juga membantah kenaikan tersebut yang disifatkannya sebagai mendadak.

Kalau sebelum ini kerajaan umum kenaikan harga minyak akan  berkuatkuasa bulan Ogos, tetapi selang beberapa hari selepas pengumuman tersebut dibuat, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Semua rakyat terkejut, yang tengah bekerja, masing-masing berlumba-lumba keluar pejabat untuk pergi mengisi minyak, seolah-olah bekalan minyak sudah kehabisan. 

Kerajaan sepatutnya merancang perkara ini dengan betul dan sempurna agar rakyat tidak mengalami kejutan serta tekanan akibat kenaikan tersebut. Rakyat sudah cukup dibebani dengan kenaikan harga beras dan minyak masak di pasaran kini ditambah pula dengan kenaikan harga minyak.

Tiga demonstrasi membantah kenaikan mendadak harga minyak telah diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Kuching.

Pihak Polis  memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi bagi membantah kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, berdasarkan maklumat hasil risikan polis, terdapat beberapa pihak merancang mengadakan siri demonstrasi di beberapa lokasi seluruh negara.

Walau bagaimanapun demonstrasi yang hendak diadakan perlulah mendapatkan permit daripada Ketua Polis Daerah terlebih dahulu.

Rakyat ingatkan supaya mengikut saluran yang betul dalam mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan perkara ini, namun tindakan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak oleh kerajaan adakah dapat diklasifikasikan tindakan yang WAJAR?

Orang cakap kita dengar, bila kita dengar, kita selidik baru lah seimbang…

Minyak oh minyak…

Posted in news on AM+14:00Thu, 05 Jun 2008 05:19:09 +140019Thursday 17.2008 by kekunci

Jun, 4

PUTRAJAYA – Kenaikan harga minyak dalam masa yang singkat menyebabkan stesen-stesen minyak diserbu oleh pemilik kenderaan untuk mengisi minyak kenderaan mereka sebelum tengah malam tadi.

Kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipejabatnya petang semalam dengan kenaikan sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter. Harga baru petrol adalah RM2.70 berbanding RM1.92 seliter manakala diesel RM2.58 berbanding RM1.58 seliter sebelumnya.

Menurut Abdullah, bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.

“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun akan diberikan. Manakala RM150 akan diberikan kepada pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc.

“Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal sewaktu mereka membayar atau memperbaharui cukai jalan,” katanya.

Abdullah berkata bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009 dan bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Tambahnya, kenaikan harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Pengumuman kenaikan harga minyak ini membuatkan rakyat semakin tertekan dengan isu kenaikan harga barang, kalau dulu harga beras naik kini lebih parah bila harga minyak turut melambung naik, selepas ini tidak tahu apa pula yang naik.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri masih bermurah hati dengan memberikan pelbagai subsidi untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menangi isu kenaikan harga minyak katanya.

Tetapi rakyat harus sedar, pemberian subsidi tersebut hanyalah menguntungkan golongan tertentu sahaja yakni golongan berpendapatan sederhana dan ke atas, justeru adakah wajar subsidi ini berikan?

 Kata mahu membantu golongan berpendapatan rendah, tapi adakah golongan berpendapatan rendah menaiki kereta berkuasa 2000cc.

Tapi kalau dikira majoriti, ramai golongan berpendapatan rendah hanya menaiki kereta kancil 660cc. Golongan inilah wajar diberikan subsidi kerana mereka hanya bergantung dengan kenderaan ini untuk melaksanakan tugas harian.

Sekiranya berpandukan enjin 2000cc sudah tentu pemiliknya mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kenderaan berenjin 2000cc ke atas dan sah-sah mereka ini mempunyai berbuah-buah kereta.

Pemilik kereta mewahlah semakin untung dan mereka tak perlu risau kerana kerajaan akan menaja subsidi minyak kepada mereka setiap tahun. Pelik memang pelik tapi itu lah kenyataannya.

Tapi kita rakyat hanya mampu menerima apa sahaja yang diumumkan, tapi jangan terlalu melampau kelak rakyat akan muak dan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Sepatutnya, keputusan kenaikan harga minyak ini dikaji terlebih dahulu, kalau sebelum ini Timbalan Perdana Menteri kata minyak akan naik bulan Ogos, jadi rakyat sempat buat perhitungan perbelanjaan mereka, tapi bila Perdana menteri umumkan kenaikan harga minyak petang tadi, seharusnya rakyat menjadi panik bila memikirkan perbelanjaan yang bakal dihadapi.

Sepekara lagi, kenapa kalau isu sebegini, kita sering menjadikan Singapura sebagai kayu pengukur, taidak tahu kah mereka yang Singapura jauh lebih maju dari negara kita, sedangkan Pulau Batu Putih pun mereka berjaya rampas, kita pulak sibuk-sibuk jadikan Singapura sebagai kayu pengukur, apa sudah jadi ni…

Adakah negara mereka jadikan negara kita ini sebagai contoh kepada mereka? Tepuk dada tanyalah Pak Lah. Apa sudah jadi???