Skuad Badar ditubuhkan semula…

MEI, 8

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor bakal mewujudkan semula Badan Amar Makruf Nahi Mungkar (Badar) dalam membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak terutama golongan remaja di negeri ini yang dilihat makin meningkat sejak kebelakangan ini.

Persoalannya di sini, bagaimanakah pihak kerajaan negeri mengukur tahap keruntuhan akhlak golongan remaja ini? Sebelum ini tidak pernah pula ada kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan berhubung dengan keruntuhan akhlak yang di dakwa oleh kerajaan negeri? Kenapa golongan remaja yang sentiasa dipersalahkan? Kenapa kita sering kali menuding jari kepada mereka?

Menurut Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam penubuhan semula Skuad Badar adalah berperanan menangani isu-isu berkaitan maksiat di kalangan masyarakat Melayu.

Jika isu maksiat dikaitkan dengan golongan remaja adalah tidak wajar golongan ini sahaja dipersalahkan, bagaimana dengan golongan dewasa yang turut terlibat dalam kancah maksiat. Kenapa golongan remaja asyik dipersalahkan, mungkin disebabkan golongan dewasa melakukan maksiat di hotel-hotel mewah ataupun bersekedudukan di apartmen-apartmen mewah. Atau dengan kata lain ‘ pandai makan pandai simpan’.

Dr Hassan sendiri telah mengakui bahawa penubuhan skuad tersebut pasti mendapat pandangan negatif daripada masyarakat tambahan pula Skuad Badar pernah mencipta kontroversi namun beliau percaya ia adalah salah satu usaha terbaik dalam mencegah kemungkaran.

Sekiranya telah terbukti ianya telah menimbulkan kontroversi mengapa masih ingin menubuhkan semula. Tidakkah ini seolah-olah menjerut leher sendiri. Sudah pastinya Skuad Badar akan menunjukkan belang mereka semula yang sebelum ini tersimpan rapi, mana tidaknya main terjah sesiapa sahaja yang didapati berdua-dua, walaupun di tempat terang. Adakah ini cara yang berkesan untuk menangi gejala maksiat?

Mengapa isu sebegini sering diperbesar-besarkan. Sekiranya betul-betul hendak membendung gelaja sosial dikalangan remaja carilah pendekatan yang lain yang lebih efisien, selami dulu masalah yang dihadapi oleh golongan ini. Jangan lah kerana nila setitik semua menjadi mangsa seperti susu.

Sentimen gejala sosial ini boleh dianggap lapuk, banyak lagi masalah lain yang kerajaan negeri patut lakukan, bukannya dengan menubuhkan Skuad Badar, cuba selami dulu, tanya apa yang diperlukan oleh golongan ini. Berapa ramaikah golongan remaja yang yang betul-betul terjerumus dalam gejala sosial.
Pelik dan tetap pelik bagaimanakah kerajaan negeri mengukur tahap keruntuhan akhlak golongan remaja di negeri ini.

One Response to “Skuad Badar ditubuhkan semula…”

  1. klu skuad ni nak diaktifkan semula org2 yang terlibat patut jaga anak bini kat rumah dulu baru boleh bertindak kat orang lain. benda macam ni tak boleh salahkan sosial. Ini semua berpunca daripada pembawakan “akidah”.Kalau pemimpin sendiri pun akidah tak betul apa cerita? jgn sampai “gajah kat rumah tak nampak, semut sebelah rumah pulak yang jadi mangsa”.

Leave a comment