Cadangan 90 hari cuti bersalin di sambut baik…

MEI, 7

Rakyat Selangor khasnya golongan wanita menyambut baik cadangan kerajaan negeri untuk menambahkan jumlah cuti bersalin bagi pekerja kerajaan daripada 60 hari sebelum ini kepada 90 hari.


Rata-rata golongan wanita yang bekerja ditemui semalam mengatakan ianya merupakan satu cadangan yang baik dan sepatutnya telah dimulakan sejak awal lagi.

Menurut salah seorang pekerja wanita yang ditemui semalam, cuti bersalin selama 60 hari ini amatlah wajar kerana tempoh pantang bagi wanita bersalin adalah 44 hari, jadi ibu-ibu yang bersalin dapat merehatkan diri dan menyesuaikan diri dengan bayi yang baru dilahirkannya.
“Di negara barat wanita yang bekerja menerima cuti bersalin selama 6 bulan bagi memastikan ibu dan anak betul-betul sihat sebelum bekerja semula,” katanya.
Walau bagaimanapun golongan wanita yang bekerja perlulah menggunakan kelebihan yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

 


Cadangan cuti bersalin 90 hari tersebut telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke 3 di Stadium Melawati Shah Alam, Ahad lalu.

 
 

 

 

 

 

 

 

2 Responses to “Cadangan 90 hari cuti bersalin di sambut baik…”

  1. 60 hari ke 60 hari..erm, tiada perubahan…

Leave a comment