Minyak naik, rakyat naik angin…

 

Jun, 6

TAMAN DATO HARUN – Baru sehari harga minyak diumumkan, rakyat sudah mengadakan demontrasi bagi membantah kenaikan harga minyak.

Tambah parah apabila ianya dianjurkan oleh pihak kerajaan sendiri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Walaupun setahun jagung memegang tampuk pucuk pimpinan, ia sudah menzahirkan belang-belang yang sedia ada. Kalau zaman pemerintahan Tun dulu, jarang kita dengar isu-isu demontrasi sebegini, adakah zaman pemerintahan Tun dahulu begitu menjaga kemahuan rakyat hingga Pak Lah sangggup mengumumkan kenaikan harga minyak mendadak sehingga rakyat tercungap-cungap beratur di setiap stesen-stesen minyak.

Demonstrasi minyak ini telah diadakan di hadapan Masjid Jumhuriyyah, selepas solat Jumaat di sini, di mana mereka berjalan secara aman. Demonstrasi tersebut turut disertai ADUN Taman Medan, Haniza Mohd Talha dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan berakhir  setengah jam kemudian.

Seramai 50 orang terlibat dalam demonstrasi tersebuut sementara selebihnya hanya menyaksikan bantahan tersebut. Demonstrasi itu merupakan yang keempat diadakan di seluruh negara sejak kelmarin.

Tujuan demonstrasi aman tersebut diadakan adalah untuk menunjukkan dan memberitahu kerajaan pusat bahawa kenaikan harga minyak bukan sahaja dibantah keras pihak pembangkang, tetapi rakyat juga membantah kenaikan tersebut yang disifatkannya sebagai mendadak.

Kalau sebelum ini kerajaan umum kenaikan harga minyak akan  berkuatkuasa bulan Ogos, tetapi selang beberapa hari selepas pengumuman tersebut dibuat, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Semua rakyat terkejut, yang tengah bekerja, masing-masing berlumba-lumba keluar pejabat untuk pergi mengisi minyak, seolah-olah bekalan minyak sudah kehabisan. 

Kerajaan sepatutnya merancang perkara ini dengan betul dan sempurna agar rakyat tidak mengalami kejutan serta tekanan akibat kenaikan tersebut. Rakyat sudah cukup dibebani dengan kenaikan harga beras dan minyak masak di pasaran kini ditambah pula dengan kenaikan harga minyak.

Tiga demonstrasi membantah kenaikan mendadak harga minyak telah diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Kuching.

Pihak Polis  memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi bagi membantah kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, berdasarkan maklumat hasil risikan polis, terdapat beberapa pihak merancang mengadakan siri demonstrasi di beberapa lokasi seluruh negara.

Walau bagaimanapun demonstrasi yang hendak diadakan perlulah mendapatkan permit daripada Ketua Polis Daerah terlebih dahulu.

Rakyat ingatkan supaya mengikut saluran yang betul dalam mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan perkara ini, namun tindakan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak oleh kerajaan adakah dapat diklasifikasikan tindakan yang WAJAR?

Orang cakap kita dengar, bila kita dengar, kita selidik baru lah seimbang…

Leave a comment