BN kecundang lagi…

 

PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU

 

Bahang pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu amat terasa setibnya di daerah Kemamam dengan disambut ‘Road block’ pihak polis yang dikatakan menjaga keamanan menjelangnya hari mengundi.

Seramai 6,000 anggota polis dari seluruh negara dikerahkan ke Kuala Terengganu untuk menjaga kententeraman awam. Patutlah balai-balai polis nampak lenggan tanpa anggota.

Sepanjang perjalanan dari daerah Kemamam ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor sebanyak 4 sekatan jalan raya terpaksa dilalui. Bagimanapun tidak kelihatan kenderaan yang ditahan mahupun disaman pihak polis. Mungkin pengguna jalan raya sudah arif dengan perkara ini ataupun mereka telah sedar akan undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi.

Malam menjelang pilihanraya, rata-rata pekerja di kedua-dua markas bertungkus lumus melakukan persiapan akhir hari membuang undi. Kedua-dua parti Pas dan BN sibuk melancarkan perang saraf disaat-saat akhir bagi meraih undi sebelum kempen ditamatkan pada jam 12 malam.

Dilihat markas Pas sudah siap sedia dengan komputer, komputer riba dan mesin pencetak untuk kemudahan pengundi menyemak senarai dan saluran mengundi.

Namun markas BN masih kelihatan seperti berpesta dengan pelbagai juadah seolah-seolah menyambut Hari Raya, tidak ada satu pun komputer di markah mereka.

Sinario ini jelas membuktikan BN tidak bersungguh-sungguh untuk menang di Parlimen Kuala Terengganu sebaliknya bersungguh-sungguh memerah wang parti.

Pas sekarang tidak sama seperti Pas 10 tahun lalu, mereka lebih komited dan kelihatan ‘educated’ untuk melancarkan perang saraf bagi meraih undian golongan muda. Mereka tidak menaburkan wang ringgit sebaliknya keikhlasan dalam memperjuangkan parti.

Sementara itu petugas BN masih berkerja dalam keadaan tidak bersistematik, perjalanan sesuatu perkara amatlah kelam kelibut. Tidak ada prosedure yang tetap diguna pakai dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara.

Berkemungkinan ini merupakan salah satu faktor mengapa BN tewas di Parlimen Kuala Terengganu selain faktor calon yang bukan menjadi ‘favourite’ kepada rakyat Kuala Terengganu.

Kemenangan Pas di Parlimen Kuala Terengganu mengiyakan segala ramalan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat tempatan terhadap calon dan parti itu sendiri, malah kemenangan ini juga membuktikan golongan muda bukannya memilih parti sebaliknya kredibiliti calon yang diutamakan. Masyarakat sekarang sudah jelik dengan sentimen-sentimen hangat-hangat tahi ayam pemimpin bertemu rakyat. Walhal pada dasarnya cuma itu adalah kali pertama calon mengharungi banjir mahu bertimpuh dengan dengan golongan miskin.

Leave a comment